Jumat, 09 Maret 2012

sahabat yang baik itu kayak gimana sih?


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

• Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;


• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;


• Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;


• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;


• Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;


• Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;


• Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;


• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;


• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;


• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;


• Jika engkau merancangkan sesuatu, niscaya dia akan membantu kamu;


• Jika kamu berdua berselisih faham, niscaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


• Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat


• Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar